Petugas media mengenakan topeng muka ketika menghadiri sidang media berkenaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Jepun pada 17 Mac 2020

TOKYO – Jepun tetap komited untuk menganjurkan temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2021, kata Perdana Menterinya, Yoshihide Suga ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

Pandemik Covid-19 memaksa Jepun menjadualkan semula kejohanan itu yang sepatutnya berlangsung pada Julai dan Ogos tahun ini, ditangguhkan sehingga 2021, lapor Agensi Sputnik.

“Pada September, di Perhimpunan Agung PBB, saya menyuarakan komitmen untuk mengadakan Sukan Olimpik dan Paralimpik di Tokyo sebagai tanda kemenangan kita semua terhadap virus itu.

“Dengan tekad ini, kami akan melakukan segala yang mungkin untuk mengadakan pertandingan yang selamat dan tenang,” kata Suga pada lewat Khamis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast