KUALA LUMPUR – Pas tidak ada hasrat untuk tinggalkan UMNO malah amat menghargai persahabatan yang terjalin.
Itu rumusan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Suffian Hamdan hasil temubualnya dalam Segmen #Cepumas bersama Ketua Dewan Pemuda Pas merangkap Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Ir. Khairil Nizam.
Menurutnya, Pas pada yang sama juga tidak mahu meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Pas juga, katanya, meletakkan aspirasi satu lawan satu (BN (Barisan Nasional) atau PN (Perikatan Nasional) lawan PH (Pakatan Harapan) dan mengelak pertembungan tiga penjuru sebagai syarat untuk menang PRU-15.
“Jika berlaku pertembungan tiga penjuru antara UMNO, PPBM dan PH di sesebuah kawasan, maka PAS dalam impossible situation dan mungkin ambil pendekatan berkecuali. Yang untung adalah PH.
“Pas minta UMNO hormat pendiriannya sepertimana Pas juga akan hormat pendirian UMNO. Maka apa tindakan UMNO? Bagi saya, kawan sudah bercakap terbuka.
“Kita boleh pilih untuk terkilan, marah, terasa. Boleh pilih untuk persoal keikhlasan pasca pembentukan Kerajaan PN. Boleh pilih untuk mengata. Boleh pilih untuk cakap “cukup hanya MN (Muafakat Nasional) tak perlu PN” walhal rakan kita dalam MN telah tegaskan pendiriannya mahu bertiga, bukan berdua.
“Atau kita boleh pilih untuk tenang, hormat pendirian sahabat kita Tanpa kompromi aspirasi kita sebagai parti kebangsaan terbesar Malaysia. UMNO parti yang penuh bijaksana dan responsif kepada dinamika yang berubah. Saya pilih yang ini.
“Sambil kita hormat pendirian Pas, saya yakin Pas juga hormat bahawa keputusan untuk UMNO adalah hak mutlak UMNO, tanpa paksaan sesiapa.
Maka UMNO harus kembali kepada option yang ada dan jangan bazir masa bercakap tentang option yang tidak lagi wujud,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya hari ini.
Justeru UMNO perlu membuat pendirian berdasarkan pilihan yang ada, kata Shahril.
“Tiada pilihan tanpa risiko. Yang penting, keputusan kena dibuat, supaya tiada lagi kekeliruan. Bak kata orang putih, more is lost by indecision than by wrong decision.
“Pas sudah jelas dengan pendiriannya. Moga keputusan UMNO kelak adalah yang terbaik bukan hanya untuk kelangsungan parti ini, tetapi juga yang terbaik untuk agama, bangsa, tanahair,” katanya lagi.- MalaysiaGazette
perpaduan islam lh sangat..