Ketua Bahagian Bandar Tun Razak Mohd Shahni Ismail foto MOHD ADZLAN, 1 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR- Usul undi percaya sehingga menyebabkan bekas Menteri Besar Perak hilang jawatan semalam tidak harus mencemari sidang perbahasan belanjawan negeri.

Menurut Ketua Bersatu Bahagian Bandar Tun Razak, Mohd. Shahni Ismail, tindakan tersebut secara tidak langsung menunjukkan tahap pemikiran segelintir ADUN yang cetek.

“Dalam rakyat bergelut dengan keadaan ekonomi yang makin menghimpit, politikus UMNO terus menunjukkan kerakusan politik mereka.

“Sikap tamak pemimpin UMNO ini tidak menunjukkan mereka sesuai sebagai parti Melayu dan Islam seperti yang mereka laung-laungkan sebelum ini, demi meraih kemenangan mereka sanggup bersekongkol dengan DAP.

“Ia juga menggambarkan bahawa ada sesetengah pemimpin dari UMNO rela mengkhianati perpaduan ummah demi mahukan kuasa untuk puak mereka sahaja.

“Seharusnya ketika ini kesejahteraan rakyat adalah keutamaan berbanding berbezaan politik seperti ini. Rakyat sudah muak dan jelak dengan permainan sebegini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menyifatkan tindakan ADUN UMNO di Perak itu sebagai pengkhianatan dan gila kuasa, Mohd. Shahni bagaimanapun merakamkan penghargaannya kepada Pas yang mengambil langkah berkecuali dalam isu tersebut.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Sudah 2 KALI…2009 DAN semalam 4/12 umNO Telah kuburkan MB PERAK…3/12 Pemuda Pas Perak menyatakan sokongan bila ada USUL PERCAYA pada MB PERAK…benarlah bila musuh dalam selimut dan api dalam sekam DAN racun dalam Tuba menjalar dalam diri…Lihatlah musuh2 tersenyum dan melompat riang kerenah Kaduk naik Junjung…bila sudah dapat belas ehsan mengambil kesempatan MELAMPAU..betul ke ratiban umNO Dulu kini dan selamanya NO DAP NO ANWAR direalisasikan..RAKYAT SAKSIKAN

  2. Demi melayu islam kononnya. Melayu pukul melayu
    Semua nya tipu rakyat.
    Sebetulnya demi kuasa. Retorik.

  3. Kalau UMNO berkerjasama dengan DAP, bagaimana pula dengan MCA, atau adakah DAP sanggup hilang pengikut mereka kerana UMNO?

  4. Ameno kan penyamun.. Penyamun akn buat apa saja utk balas dendam kesumat akibat kalah Pru14…patut haramkan parti ameno tp yiddin x buat skrng kena belit cekik tengok sendiri.. #padanmuka

Comments are closed.