Sim Tze Tzim
Sim Tze Tzin

PULAU PINANG – Plat politik Melayu yang kurang stabil sejak awal tahun telah beralih sehingga gempa bumi berlaku di Perak.

Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata, keadaan politik semasa di Perak yang bakal memperlihatkan pertukaran Menteri Besar jelas menunjukkan UMNO telah bertindak.

Beliau berkata, apa yang sedang berlaku adalah babak politik Melayu yang klasik yang diibaratkan seperti seni pertahanan silat.

“Apabila orang yang bertarung sedang bersilat, mereka secara tiba-tiba akan menghunuskan keris. Yang kelihatan sekarang adalah UMNO sudah bertindak,” katanya kepada Sinchew Daily.

Katanya, pada ketika terdapat khabar angin  penolakan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijalankan melalui penolakan bajet, drama yang betul tiba-tiba mengambil tempat di Perak.

“UMNO telah memutuskan hubungan secara rasmi dengan Bersatu dengan tindakan di Perak kerana Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu merupakan Timbalan Presiden Bersatu.

“Perikatan Nasional sudah dibentuk, tetapi ia penuh dengan konflik dalaman,” kata Tze Tzin.

Beliau bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada Ahmad Faizal kerana membuat keputusan yang tepat dan berani.

“Ahmad Faizal dapat menerima keputusan ini dengan hati terbuka di Dewan Undangan Negeri.

“Beliau bertindak dengan berani untuk berdepan cabaran dalam sistem demokrasi dewan undangan,” katanya.

Menurutnya, Ahmad Faizal menunjukkan contoh yang baik dalam sistem demokrasi kerana tidak mencari jalan lain untuk mengekalkan kuasa.

Katanya, keberanian Menteri Besar Perak itu wajar dicontohi menteri besar, ketua menteri, malahan Perdana Menteri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Musuh dalam selimut itulah gambaran sebenar umno. Kalau rakyat berfikir cukup2 lah pilih umno sebagai pemerintah negara. Harta negara habis susah derita rakyat tanggong. Mereka jadi jutawan dalam senyap. Kita merempat.

Comments are closed.