Datuk Shahrul Zaman Yahya.

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Perak secara konsensus mencalonkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar yang baharu.

Perkara itu dimaklumkan, Datuk Shahrul Zaman Yahya selepas muatnaik status di Facebooknya hari ini.

Beliau mengesahkan perkara berkenaan sekali gus menghentikan spekulasi yang memetik beliau sebagai calon Menteri Besar baharu.

“Kami semua ADUN UMNO telah secara konsensus mencalonkan Saarani sebagai Menteri Besar Perak.

“Saya mohon untuk kita semua tidak membuat apa-apa spekulasi lagi dan kita serahkan kepada kebijaksanaan DYMM Paduka Seri Sultan Perak untuk mempertimbangkan siapa yang mempunyai majoriti mudah untuk dipilih menjadi MB Perak.. Insya-Allah..,” katanya.

Beliau turut mengingatkan jawatan yang disandang adalah satu tanggungjawab dan bukan untuk direbutkan.

Semalam, MalaysiaGazette melaporkan bilangan ADUN negeri itu yang menandatangani akuan bersumpah menyokong Saarani sebagai calon Menteri Besar Perak yang baharu sudah mencecah 30 orang.

Daripada jumlah itu, kesemua 25 ADUN mewakili UMNO dikatakan sudah menandatangani SD. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Saarani sudah dapat sokongan 30 ADUN jadi MB Perak