Dr. Asmah Razalli

KUALA LUMPUR – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan muflis sekiranya mengeluarkan simpanan dari akaun 1 sebanyak RM10,000.

Lagipun, ramai pencarum berkemampuan tidak akan mengeluarkan simpanan, melainkan bagi golongan yang benar-benar terdesak memerlukan kewangan sahaja.

Justeru, Ketua Pergerakan Wirawati Putra Malaysia, Dr. Asmah Razalli meminta kerajaan menarik balik semua syarat yang dikenakan sebelum ini, kerana menyukarkan rakyat untuk mendapatkan wang mereka sendiri.

“Saya suka dan kagum dengan kesungguhan pengurusan KWSP membuat pelbagai kriteria serta info grafik. Saya ada cadangan sangat mudah, buka sahaja secara automatik.

“Semua permohonan hanya perlu bukti pengesahan sebagai ahli KWSP sahaja untuk i-Sinar. Harap segerakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr. Asmah berkata, bukan semua ahli mahu atau teringin memohon untuk memgeluarkan wang mereka.

Malah, mereka selaku pencarum lebih bijak memahami status kewangan.

“Individu yang mampu tidak akan sama sekali terfikir untuk mengusik simpanan hari tua mereka. Rakyat semakin bijaklah.

“Individu yang memohon adalah mereka yang benar-benar memerlukan wang caruman sendiri untuk apa sahaja keperluan dan tanggungan. Wang mereka hak mereka.

“Ini bukan pinjaman bank, juga bukan bantuan kerajaan, tidak perlu bersusah payah berlebih-lebih mengadakan syarat seolah-olah memanipulasi ini seperti sebuah pinjaman. Kasihan rakyat,” katanya.

Kata beliau, rakyat bekerja dan berpendapatan, mereka boleh terus mencarum semula selepas ini, apa masalahnya.

“Masalahnya bila rakyat hendak menggunakan wang sendiri, tetapi bagaikan ingin meminjam meminta sedekah pula.

“Lebih bermasalah kalau ada yang bunuh diri, gadai segala harta benda hanya kerana jalan untuk menggunakan akaun 1 dihalang oleh mereka yang mentadbir.

“Jangan main-main dengan masalah kewangan, rumah tangga boleh hancur. Janganlah susahkan benda mudah. Melainkan benda itu “tiada”,” ujarnya.

Beliau turut kecewa apabila, i-Sinar hanya boleh dimohon akhir Disember ini, sedangkan rakyat hendak menggunakan wang itu sekarang. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Personally aku setuju, sebab KWSP hanya pegang amanah saja tolong simpankan duit rakyat,alih2 bila rakyat nak sedikit guna wang mereka sendiri,KWSP buat payah.KWSP bawah kerajaan yang memerintah sekarang iaitu kerajaan Muhyiddin Yassin,Perikatan Nasional/PN.

    Kalau kerajaan/KWSP buat payah dengan rakyat,aku seru semua rakyat bila tibanya PRU KE-15 nanti,juga buat payah dan jangan undi kerajaan PN.

    Buat payah sangat dengan rakyat,kita rakyat pun boleh buat payah dengan kerajaan !

    Entah2,duit KWSP hanya dalam bentuk angka/figure sahaja,padahal wang tunai/kecairan tiada.Itu yang tak berani nak buat mudah2 keluarkan wang rakyat tu !

    KWSP biar lah bertimbangrasa,rakyat dah semput ni.

    Buka saja untuk semua rakyat,benarkan semua rakyat akses untuk keluarkan RM10K di musim wabak Covid 19 ini,beri jer setongkol2 RM10K setiap pencarum,kan senang, tak perlu bersyarat,ber kriteria bagai lah !

  2. Siap2 lah wakil rakyat bersatu di sabah..kerana i-sinar kamu akan tumbang seperti warisan..buat apa nk sokong parti yg tk boleh tolong rakyat..benda mudah kamu nak jadikan susah.

  3. Tak apa. Jika kamu dua tak nak sokong, kami yg lain masih mahu sokong PN. Sbb kerajaan yg baik tak semestinya membuta tuli ikut cakap rakyat. Kemudahan diberi kepada yang memerlukan sgt sgt. Bukan gomen PN curi duit rakyat mcm hero rakyat no 1 malaysia skang ni. Tp dia mahu rakyat berhemah. Yg perlu saja boleh ambil. Kami yg tak ambil ni, jika sbb kamu suka suka keluarkan, dividen kami jd rendah.

  4. En ah loi klau nk dividen tinggi awak tambah lah caruman awak …masa nak dividen tinggi kau nak kongsi simpanan org lain..tapi tengah org lain terdesak nak guna duit ko tak nak pula kongsi pengurangan dividen…tak usah kau jadi tamak dan pentingkan diri sendiri..apa kata kau buat peleburan persendirian jadi dividen kau tak lah terganggu…jadi dividen tu semua masuk perut kau. Seorang.

  5. Idea ni dari Dato’ Seri Mohd Najib. Skrg ni semua nampak betapa jauhnya pandangan DSNR. jauh bersungguhnya dia memikir nasib rakyat. *TAPI*….. inilah sosok manusia yg sentiasa DIFITNAH….. Rakyat yg tolak DSNR boleh nilailah, apa yg telah selama ini anda buat….

Comments are closed.