KUALA LUMPUR – Pas Perak mendedahkan parti itu menerima panggilan dari seseorang yang katanya mewakili istana supaya datang mengadap Tuanku Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta, petang tadi.
Bagaimanapun, menurut Setiausaha Politik Pesuruhjaya Pas Perak, Fairuz Hafiizh Othman, pimpinan Pas yang ketika itu berada dalam keadaan belum bersedia memaklumkan ketidaksediaan untuk masuk mengadap.
“Sekejap sahaja sudah tersebar kononnya Pas derhaka kepada sultan sedangkan sultan tidak sebut apa pun,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.
Beliau mengulas laporan media yang mendakwa Pas membuat kejutan dengan tidak hadir ke Istana Kinta sebagaimana dititahkan Sultan Nazrin Shah.
Pimpinan parti itu yang sepatutnya mengadap baginda kira-kira jam 3 petang tadi bagaimanapun tidak kelihatan di sekitar istana.
Menurut Fairuz Hafiizh, Pas Pusat sedang berusaha mencari jalan terbaik menyatukan Melayu Islam.
Katanya, jika tersilap percaturan, penyatuan antara parti itu bersama Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) boleh musnah.
“Setakat ini, hanya Pas berada antara PN dan MN. Oleh itu, percaturan di Perak akan menentukan percaturan politik (hubungan) di negeri lain.
“Sebab itu langkah Pas mesti tenang dalam mengimbangi persaingan Parti Bersatu dan UMNO. Pas tidak boleh terheret sama dalam polemik perpecahan ini.
“Sewajarnya kita semua letak keyakinan untuk usaha menghalang dari runtuhnya penyatuan ummat Melayu Islam khasnya di Perak,” kata beliau.
Beliau berkata, dari awal lagi Pas cuba perteguhkan penyatuan itu dengan usul yang dibawa oleh UMNO Jumaat lalu disokong oleh Pas.
Malangnya, kata beliau, UMNO yang tidak sokong menyebabkan Pas jadi mangsa dan kena game dengan parti itu.
“Sudahnya apabila keadaan semakin parah, Pas yang cuba mendamaikan ini pula dipersalahkan. Insya-Allah, Pas yang sangat kuat berpegang dengan adat Melayu bersendikan Islam tidak sama sekali membelakangkan istana.
“Pas mahu mengadap Tuanku dengan persediaan yang rapi kerana tingginya penghormatan Pas kepada istana,” katanya.
Fairuz Hafiizh berkata, Pas tidak mahu mengecewakan tuanku jika hadir tanpa sebarang keputusan yang memuaskan hati baginda.
Islam katanya, mendidik kepimpinan Pas menghormati institusi istana kerana mereka payung agama. – MalaysiaGazette
yo lah korang je betol
Yang penting Pas tak tikam kawan dari depan atau belakang. Umno ngan pkr letak setiakawan kat BONTOT
PAS tidak Tikam kawan dari belakang tetapi PAS Ada terlalu ramai jurucakap celupar sama perangai macam DAP yang selalu membuat rakyat konpius tahap gaban.
PAS buat kawan dengan Umno jadi MN
PAS kejar pangkat kawan dgn Ppbm jadi PN
PAS pura2 baik tapi apa sebenar haluan???
PAS tak boleh harap, ingat dah keluar Geng syiah
Boleh jadi baik tapi balik perangai dulu2
PAS buat2 lupa janji Pru14
PAS telah mungkir
Ingat lah, orang mungkir dilaknati Allah swt
Urrmmnnnhhh…. Iyalah Belalang…!!!