Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pengurusan Tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius dengan tohmahan yang dibuat oleh seorang individu terhadap pegawai SPRM yang kononnya dia telah menerima ugutan dalam siasatan kes berhubung Macau Scam baru-baru ini.

Individu berkenaan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu selepas dua bulan dia dilepaskan daripada tahanan reman SPRM.

Salinan laporan tersebut pula telah ditularkan oleh pihak tertentu, sekali gus mencemarkan nama baik SPRM.

Sehubungan itu, seorang pegawai SPRM telah membuat aduan rasmi kepada polis hari ini bagi menafikan tohmahan individu tersebut dan menggesa polis untuk menjalankan siasatan berhubung laporan palsu itu.

SPRM tidak akan melindungi mana-mana pihak sekiranya dakwaan tersebut benar dilakukan oleh pegawai SPRM namun sekiranya laporan tersebut palsu maka individu tersebut perlu dibawa ke muka pengadilan. – MalaysiaGazette