Suasana yang lengang sekitar kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sepang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 27 APRIL 2020.

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kekal yakin terhadap pemulihan trafik penumpang secara berperingkat di lapangan terbangnya apabila syarikat penerbangan lain mula beroperasi sejajar dengan penyambungan semula operasi pesawat oleh syarikat penerbangan lain.

MAHB dalam kenyataan hari ini berkata, lapangan terbang utamanya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  telah menerima kembali Cathay Pacific pada bulan lepas setelah terhenti selama tiga tahun.

Cathay Pacific menawarkan penerbangan mingguan ke Hong Kong dari Kuala Lumpur dan menantikan penerbangan sulung Starlux Airlines dari Taipei mulai Januari 2021.

“Penerbangan baharu ini adalah tambahan kepada laluan Taipei-Pulau Pinang yang bermula awal tahun ini. Memandangkan perjalanan udara kembali seperti biasa secara perlahan-lahan, lapangan terbang akan terus melaksanakan pelbagai langkah keselamatan yang lebih kukuh untuk meningkatkan keyakinan penumpang,” katanya.

Sementara itu, di Lapangan Terbang Antarangsa Pulau Pinang, AirAsia Indonesia berhasrat menyambung semula operasi pesawatnya dari Kuala Namu, berkuat kuasa bulan ini.

Susulan penyambungan operasi ini, AirAsia Indonesia akan menjadi syarikat penerbangan asing keenam yang menyambung semula perkhidmatan di Pulau Pinang.

Selain itu, syarikat penerbangan tempatan Firefly akan memulakan operasi di Pulau Pinang sebagai hab kedua dengan memperkenalkan laluan baharu dari Pulau Pinang ke Kuching dan Kota Kinabalu bermula Januari 2021 dan selanjutnya.

“Penyambungan semula operasi syarikat penerbangan secara beransur-ansur ini dan pengenalan laluan baharu akan terus memberikan kita unjuran yang optimis terhadap pemulihan sektor penerbangan.

“Berikutan sekatan perjalanan rentas negeri dan daerah yang telah ditamatkan dan tempoh cuti panjang yang menjelang tiba, kami menjangkakan pergerakan penumpang akan bertambah baik pada bulan ini.

“Penumpang boleh menikmati perjalanan dengan yakin di lapangan terbang kami kerana kami melaksanakan pelbagai langkah keselamatan berkenaan COVID-19 secara berterusan, sejak pandemik itu bermula,” katanya.

Bagi operasi kargo di Malaysia, hab e-penunaian baharu, hab Cainiao Aeropolis e-WTP yang mula beroperasi pada bulan lepas, adalah tepat pada masanya untuk menyokong rangkaian bekalan pintar jualan e-dagang dalam talian global “Jualan Sehari 11.11” dengan memudahkan penghantaran dalam masa 24 jam di Malaysia dan 72 jam di seluruh dunia.

“Hab eWTP adalah usaha sama di antara Malaysia Airports dengan unit logistik kumpulan Alibaba, Cainiao, yang menyediakan 2.6 juta kaki persegi dengan ruang gudang berkeluasan 1.1 juta kaki persegi,” katanya.anyak 700,000 tan metrik, iaitu dua kali ganda daripada jumlah semasa di KUL kepada 1.4 juta setahun menjelang 2029.

Ia menambah, operasi kargo di Malaysia akan terus mempamerkan daya tahannya dengan merekodkan secara purata sebanyak 65,000 tan metrik sebulan dari Januari hingga November tahun ini berbanding 78,000 tan metrik sebulan pada 2019. – MalaysiaGazette