Vladimir Putin. foto Agensi

MOSCOW – Presiden Rusia Vladimir Putin menghantar perutusan tahniah kepada Joe Biden selepas undian elektoral Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bekas naib presiden itu memenangi kerusi Rumah Putih.

Putin menyatakan, kerjasama dua hala kedua-dua negara itu dapat memenuhi kepentingan seluruh dunia, lapor Agensi Berita Sputnik memetik kenyataan Kremlin pada Selasa.

“Presiden Persekutuan Rusia menghantar perutusan tahniah kepada Joseph Biden berikutan kemenangannya dalam pilihan raya presiden.

“Presiden Rusia menegaskan kerjasama Rusia-AS, berdasarkan prinsip kesaksamaan dan saling hormat menghormati, akan memenuhi kepentingan rakyat kedua-dua negara serta komuniti antarabangsa,” kata Kremlin menerusi satu kenyataan.

Menurut Kremlin, Putin mengucapkan selamat maju jaya kepada Biden dan melahirkan keyakinan, Rusia dan AS – dua negara yang mempunyai tanggungjawab khas dalam aspek keselamatan global, mampu menyumbang ke arah penyelesaian banyak masalah dan cabaran yang dihadapi dunia.

“Saya sedia bekerjasama dan berhubung dengan anda,” kata Putin.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast