Ratusan pelajar sekolah Nigeria yang diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang dikenali Boko Haram telah dibebaskan hari ini.-Gambar DailyMail.

KATSINA – Ratusan pelajar sekolah Nigeria yang diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang dikenali Boko Haram telah dibebaskan hari ini.

Selepas dibebaskan mereka  berkumpul di sebuah bangunan kerajaan.

Dengan berpakaian berdebu dan kelihatan letih, sekumpulan kanak-kanak itu tiba dengan bas di bandar Katsina setelah pihak berkuasa mengumumkan bahawa 344 mangsa itu telah diserahkan kepada pegawai keselamatan.

Rata-rata mereka tidak memakai alas kaki dan sebahagian lagi dibalut selimut ketika mereka bersiap untuk menjalani pemeriksaan perubatan sebelum mereka bersatu kembali dengan keluarga masing-masing.

Salah seorang dari mereka yang mukanya penuh dengan lumpur kering memberitahu wakil stesen televisyen tempatan yang para penculik telah memberi mereka roti dan ubi kayu.

“Ia sejuk,” katanya. Ditanya bagaimana perasaannya ketika bas tiba di Katsina, dia berkata: ‘Saya sangat gembira,’ sambil tersenyum seperti laporan DailyMail.

Kanak-kanak lelaki itu diculik dari sekolah berasrama penuh oleh lelaki bersenjata dengan motosikal minggu lalu sebelum berjalan ke hutan Rugu yang luas.

Perdana menteri wilayah Aminu, Bello Masari mengatakan tidak ada wang tebusan disediakan dalam proses pembebasan kesemua mangsa culik.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Serangan bersenjata: Ratusan pelajar Nigeria hilang dikhuatiri diculik