KUALA LUMPUR – Klinik Kaseh menawarkan ujian saringan pada harga RM80 kepada penduduk di sekitar Ampang.

Ujian saringan itu diadakan di Kompleks D’star Arena mulai hari ini sehingga 27 Disember ini.

Dr Norzaidi Zakaria berkata, pihaknya menawarkan ujian saringan itu bagi membantu kerajaan membendung Covid-19 yang masih menghantui penduduk di negara ini.

Selain itu, tawaran ini bagi membolehkan lebih ramai orang menjalani ujian saringan.

Untuk ujian itu, klinik berkenaan menggunakan RapidTest Kit (RTK) Antigen.

Beliau berkata, ujian itu dibuka kepada semua peringkat umur.

Menurutnya, mereka yang melakukan ujian itu akan mendapat keputusan dalam tempoh sekurang-kurangnya sejam. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast