Mikel Arteta

LONDON – Mikel Arteta menyifatkan minggu hadapan merupakan tempoh kritikal Arsenal untuk mengelak daripada berada dalam zon penyingkiran.

Pengurus kelab itu berkata, pasukannya hanya mencatatkan satu kemenangan dalam 10 perlawanan dan kini menduduki tangga ke-15 Liga Perdana Inggeris.

“Saya tidak memberi sebarang alasan, itulah situasinya untuk anak buah saya yang mana lapan hari akan datang sangat kritikal.

“Kami perlu memastikan elak satu lagi kekalahan yang bakal menjerumuskan pasukan dalam zon penyingkiran.

“Tiga perlawanan akan datang bakal menentukan hala tuju pasukan dalam EPL sama ada terhumban dalam zon penyingkiran atau sebaliknya,” kata Arteta.

Arteta dilantik menggantikan Unai Emery pada Disember 2019.

Pengurus warga Sepanyol berusia 38 tahun itu masih mempunyai sokongan pengurusan Arsenal.

Malam ini Arsenal akan berdepan Chelsea disusuli Brighon dan West Bromwich Albions. – MalaysiaGazette