Kesan lebam dan luka pada wajah Khairy akibat jatuh ketika menunggang basikal.

KUALA LUMPUR – Permohonan maaf Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaludin Abu Bakar dibidas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kuala Langat.

Menurut Mohd Shah Rezza Mohd Tuniman, kemalangan yang dihadapi Khairy adalah satu perkara yang tidak serius dan JKR tidak perlu bertindak pilih kasih terhadap isu itu.

“Beliau (KJ) mengalami luka dan tidak serius selepas terjatuh apabila basikalnya terlanggar lubang di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan.

“Saya beranggapan kemalangan tersebut berlaku dalam kawasan Kuala Langat kerana Jabatan Kerja Raya Kuala Langat (JKR) tampil membuat permohononan maaf kerana insiden tersebut.

“Menjadi tanda tanya mengapa harus berlaku double standard keatas kemalangan kecil yang melibatkan menteri ini?”  soal beliau.

Mohd Shah Rezzae merujuk kepada kenyataan permohonan maaf daripada JKR ekoran kemalangan melibatkan Khairy dan JKR Kuala Langat memohon maaf ke atas kejadian itu dalam ciapannya malam tadi.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau itu turut berkongsi tiga keping gambar menunjukkan kesan lebam dan luka pada mukanya akibat kemalangan yang sama.

Dalam pada itu, JKR Hulu Langat juga turut didesak untuk bersikap adil dengan meminta maaf kepada pengguna jalanraya lain yang juga pernah teribat kemalangan malah ada yang meninggal dunia akibat kecuaian mereka.

“Masih banyak spot kerosakan di sekitar jalan seliaan mereka dan apakah rasa ingin meminta maaf hadir hanya ketika kemalangan melibatkan menteri sahaja?

“Saya ingin menegaskan bahawa tidak perlu ada double standard kepada mana-mana menteri yang terlibat kemalangan di jalan raya kerana mereka mendapat keistimewaan pengecualian cukai jalan, sebaliknya rakyat marhaen ini adalah pembayar cukai jalan setiap tahun dan berdiam diri bila kemalangan menimpa mereka.

“Janganlah bersikap seperti pahat dan penukul, diketuk baru hendak jalan kerja. Lebih malang lagi diketuk berkali-kali masih tak jalan kerja,” kata Mohd Shah Rezzae lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

JKR Kuala Langat minta maaf kepada KJ