Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja membaiki paip pecah di Bulatan Persiaran tengku Ampuan, Seksyen 15, Shah Alam dekat sini sudah siap sepenuhnya, kata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) malam ini.

Ketua Komunikasi Korporatnya, Elina Baseri berkata, kerja pembaikan itu selesai dilaksanakan sepenuhnya pada jam 9 malam mengikut jadual yang ditetapkan.

“Bekalan air telah diaktifkan semula dan disalurkan kepada para pengguna yang terjejas bermula jam 9.30 malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun Elina berkata, tempoh pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat-peringkat bagi setiap kawasan bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Bekalan air di kawasan-kawasan ini dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari esok iaitu 30 Disember ini.

Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com.

Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kenapa kerap sekali paip pecah berlaku adakah kualiti paip tidak mengikut spesifikasi standard ataupun kualiti penyambungan yang tidak ada kualiti.

Comments are closed.