Presiden FPI, Rizieq Shihab bersama pengikutnya ketika perasmian sebuah masjid di Bogor, Indonesia. Foto agensi

JAKARTA – Kerajaan Indonesia mengumumkan bahawa Front Pembela Islam (FPI) akan dilarang menjalankan aktiviti di republik itu.

“Kami berjanji akan menghentikan semua kegiatan yang dilakukan oleh kumpulan itu,” kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan Indonesia, Mohammad Mahfud.

Menurutnya FPI sebenarnya sudah diharamkan dan dibubarkan secara rasmi sejak Jun tahun lalu,

Namun, FPI masih terus menerus melakukan kegiatan yang melanggar undang-undang dan didakwa terlibat dalam kegiatan keganasan, serangan tanpa izin, provokasi dan sebagainya.

FPI adalah sebuah organisasi yang berpengaruh di Indonesia, yang ditubuhkan sejurus selepas kejatuhan Presiden Suharto pada tahun 1998.

FPI mempunyao berjuta-juta pengikut dan hampir semua kota besar dan bandar di seluruh Indonesia.

Di samping itu, FPI menjadi terkenal kerana sering melakukan serbuan terhadap bar dan rumah pelacuran selain mengugut minoriti agama lain.

Timbalan Menteri Kehakiman, Edward Omar Sharif Hiariej berkata, FDI diharamkan kerana 30 pemimpinnya, anggota sedia ada dan bekas anggotanya pernah didakwa atas tuduhan keganasan.

Tambah beliau, fahaman kumpulan itu bercanggah dengan ideologi Indonesia, Pancasila yang menekankan perpaduan dan kepelbagaian. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast