Gambar hiasan

CALIFORNIA – Seorang jururawat disahkan positif Covid-19 selepas lebih seminggu menerima vaksin koronavirus Pfizer.

Matthew W, yang bertugas di dua hospital menerusi akaun Facebook pada 18 Disember lalu menulis, dia telah menerima suntikan vaksin Pfizer yang menyebabkan lengannya sakit sepanjang hari.

Enam hari kemudian, semasa Hari Krismas, dia jatuh sakit semasa bekerja di unit pesakit Covid-19.

Dia menggigil dan kemudian mengalami sakit otot dan keletihan.

Matthew kemudian menjalani ujian saringan di hospital dan didapati positif Covid-19 sehari selepas Krismas.

Dr Christian Ramers, pakar penyakit berjangkit Pusat Kesihatan Keluarga di San Diego memberitahu senario yang dihadapi Matthew ini tidak dijangka.

“Kami tahu daripada ujian klinikal vaksin bahawa diperlukan sekitar 10 hingga 14 hari untuk pesakit membangunkan perlindungan dari vaksin,” kata Dr Ramers. – MalaysiaGazette