Home 2020
Arkib Tahunan: 2020
Pengeluaran akaun 1 KWSP RM500 sebulan secara bersasar dibenarkan
Kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 ringgit untuk tempoh 12 bulan.
RM2.2 bilion untuk BPN 2.0 fasa kedua
Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200 manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,800.
Belanjawan 2021: Pelepasan cukai perbelanjaan rawatan perubatan diperluas
Kerajaan juga akan menaikkan had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius daripada RM6,000 kepada RM8,000, kata Tengku Zafrul.
Siling Kumpulan Wang Covid-19 ditambah RM20 bilion – Tengku Zafrul
Ia merangkumi pakej Kita Prihatin, bantuan tambahan bagi kesejahteraan rakyat, keperluan barisan hadapan dan perolehan vaksin, kata Tengku Zafrul.
Muhyiddin, Azmin Ali Iring Tengku Zafrul #Belanjawan2021
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) bersama Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali (kiri) dan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua kanan) mengiringi Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kanan) membawa buku Belanjawan 2021 ketika hadir bagi pembentangan Belanjawan 2021 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 06 NOVEMBER 2020.
Ekonomi global dijangka kukuh
Pertumbuhan berkemungkinan terjejas akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat-China yang kembali memuncak, ketidakpastian hasil Brexit dan ketegangan geopolitik meluas.
Belanjawan 2021: RM1 bilion untuk gelombang ketiga Covid-19
Peruntukan RM475 juta bagi pembelian bekalan reagen, kit saringan dan bahan guna habis khusus untuk kegunaan Kementerian Kesihatan Malaysia, kata Tengku Zafrul.
Jaminan kerajaan berjumlah RM289.8b
Peningkatan ini disebabkan terbitan baharu DanaInfra dan Prasarana membiayai projek infrastruktur pengangkutan awam serta pembiayaan diterbitkan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
Hutang kerajaan RM874.3 bilion
Hutang ini merangkum 96.7% sekuriti berdenominasi ringgit manakala bakinya mata wang asing.
Belanjawan 2021: Rentas 14 negeri, 38 sesi dialog, 40 bidang perniagaan
Saya ingin merakamkan jutaan perhargaan kepada semua pihak yang telah meluangkan masa dan mengemukakan idea serta cadangan.

















