KUALA LUMPUR – Seramai 20 wanita ditahan dalam dalam beberapa serbuan malam tahun baharu yang dilakukan ke atas premis yang disyaki dijadi sarang pelacuran di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, daripada 20 wanita yang ditahan dalam Op Noda itu, seramai 15 orang adalah daripadanya adalah wanita warga asing berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Selain itu, empat orang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai penjaga premis turut ditahan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati premis tersebut berselindung di sebalik Perniagaan Pusat Refleksologi,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah beliau, polis turut merampas wang tunai kira-kira RM2,500, kondom pelbagai jenama dan minyak pelincir.

Kesemua suspek ditahan dalam serbuan pukul 2.03 pagi untuk siasatan lanjut.

Menurut Beng, kes ini disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam aktiviti pelacuran dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast