Shahril Sufian Hamdan

KUALA LUMPUR – Tidak ada sebab untuk Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki memohon maaf kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana tindakan parti itu mengambil ahli UMNO sudah jelas.

”Kalau lihat di Parlimen, berapa peratus Ahli Parlimen PPBM (Bersatu) yang datang dari UMNO?

”Kalau lihat di peringkat Bahagian, berapa ramai pimpinan bahagian yang datang dari UMNO? ” soal Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Malah, beliau yakin Asyraf bersedia mengemukakan buktinya dalam soal bayaran, habuan dan sebagainya jika Ketua Pemuda UMNO disaman di mahkamah.

Meskipun begitu, semua yang berlaku ini tidak sedikit pun menghakis penghargaan UMNO kepada akar umbi yang kekal setia bersama parti waktu susah dan senang.

Artikel berkaitan:

Malah, UMNO mesti terus memperkukuh kekuatan sendiri supaya tidak boleh diperkotak-katik oleh parti lain.

”Ada pihak yang akan sentiasa mahu melihat UMNO lemah dan dilemahkan. Kita tak terkejut dengan senario itu – sebaliknya terus mencari jalan memastikan parti ini menjadi pilihan utama rakyat Melayu dan Malaysia amnya.

”Jika kita tak kuatkan parti, jika kita asyik bergaduh sesama sendiri, jika kita tak siapkan tawaran menarik untuk rakyat – maka kita tak boleh salahkan orang lain jika mereka memintas kita. Kerana itulah lumrah politik,” ujarnya.

Tambahnya, UMNO akan fokus kepada agenda yang di bawah kawalan parti itu  dan tidak dipacu oleh agenda atau helah orang lain.

Semalam, Bersatu  menafikan dakwaan parti itu cuba ‘membeli’ atau ‘mencuri’ ahli UMNO sehingga sanggup membayar sehingga RM5,000 bagi penubuhan cawangan parti berkenaan.

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan menegaskan, perkara itu adalah tidak benar sama sekali selain menyifatkan ia adalah tuduhan liar tanpa bukit yang kukuh.

Sehubungan itu, beliau menggesa Asyraf Wajdi tampil memohon maaf dan menarik balik tuduhan tersebut. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Parti penuh penjilat dan perasuah yang dimuliakan, kalau tunggu tak tahan bau busuk dan akan terikut jadi perasuah dan perompak.

  2. Tora lebih baik awak berkomen dalam FB saja dari awak komen kat sini . Nampak awak mcm RBA saja.

Comments are closed.