Wan Saiful Wan Jan
Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Menafikan sekeras-kerasnya kenyataan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mencuri dan membeli ahli UMNO, Ketua Penerangannya, Wan Saiful Wan Jan meminta Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu menarik balik tuduhan berkenaan.

Tegasnya, beliau memandang berat dakwaan itu dan menafikan tuduhan liar yang dilemparkan Dr. Asyraf tanpa bukti.

“Tindakan beliau menyebut setiap yang menyertai PPBM dibayar sehingga RM100, setiap cawangan yang ditubuh diperuntukan RM3,000 sehingga RM5,000, tidak dapat diterima sama sekali.

“Saya menuntut Datuk Dr. Asyraf memohon maaf dan menarik balik tuduhan tersebut serta merta,” katanya dalam kenyataan balas kepada media hari ini.

Pagi tadi, Dr. Asyraf menerusi hantaran Facebooknya melaporkan, Pemuda UMNO Malaysia tidak dapat memberi jaminan kerjasama dengan PPBM boleh kekal, sekiranya usaha mencuri dan membeli ahli UMNO masih berlaku.

Ketika memberikan peringatan itu, katanya, beliau melihat suasana hubungan UMNO dan PPBM di peringkat akar umbi ketika ini semakin panas dan getir akibat perbuatan itu.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan itu, Wan Saiful berkata, beliau akan berbincang dengan pihak parti mengenai kesesuaian mengambil tindakan undang-undang dalam hal itu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Henti curi, beli ahli jika mahu kerjasama diteruskan – Asyraf

1 Komen

  1. maap???
    hahahahhha…
    mmg xsedo diri betul la,
    umno jgn sesekali bekerjasama dgn parti xsedo diri nie,
    parti xsedo diri nie sepatutnya diajar,
    tarik jek sokongan,biar melingkop semuanya,

Comments are closed.