Muhammad Zahid Md. Arip

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan sekeras-kerasnya tuduhan parti itu mencuri dan membeli ahli UMNO.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Senator Muhammad Zahid Md. Arip berkata, apa yang berlaku ialah kemasukan berbondong-bondong ahli UMNO baik di peringkat akar umbi mahu pun dalam kalangan pimpinan menyertai parti itu.

Beliau mendakwa, kejadian itu berlaku berpunca dari hilangnya kepercayaan ahli berkenaan kepada pucuk pimpinan UMNO yang merasakan parti itu bukan lagi wadah untuk orang Melayu dan Bumiputera bergantung harap.

“Tuduhan ini juga sebenarnya suatu penghinaan ke atas ahli akar umbi UMNO yang waras dan rasional, yang kecewa dengan tindak-tanduk pimpinan UMNO, yang sudah menjadi rahsia terbuka cuba menjalinkan kerjasama politik dengan DAP dan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim menyebabkan mereka memilih Bersatu secara rela hati.

“Cukup-cukuplah bermain politik sempit dan menjadi ejen pemecah belah kepada keharmonian kerjasama yang terjalin dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini.

“Fokus sebenar UMNO serta semua parti dalam PN adalah untuk memulihkan kembali ekonomi negara dan menangani ancaman Covid-19,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO  yang mendakwa, Bersatu telah mencuri dan membeli ahli UMNO untuk meramaikan keahlian di peringkat cawangan dan bahagian parti itu.

Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki juga memberi peringatan, sekiranya Bersatu mahu terus kekal bekerjasama, parti itu harus berhenti dari mencuri dan membeli ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi.

Menurut Muhammad Zahid, beliau percaya terdapat kumpulan ‘lidah kontot’ dalam UMNO yang kalah serta tidak terpilih menjadi calon dalam pilihan raya umum lalu, menjadi ejen kepada DAP dan Anwar yang cuba mendalangi permainan politik itu dengan menyemarak kebencian terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tegas beliau, jika agenda kumpulan ‘lidah kontot’ itu berjaya dan tidak dibersihkan segera oleh UMNO, nescaya parti itu akan ditelan oleh DAP dan PKR buat selama-lamanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. bangsat2 1 nie mmg bodoh pun,
    ramai yg dah sedar dgn bangsat2 1 nie,
    mula2 ari tu jadi anjing komunis,konon nak selamatkan negara,
    tapi sbb dah teruk sgt kena maki dan takut dgn gelombang em en,
    bangsat2 1 sanggup jilat kahak sendiri demi nak terus berkuasa,
    skrg nie pulak ada hati nak jadi hero,nak melayu dan islam bersatu kononnya,
    kepala bapak ko,
    masa ko jadi anjing komunis 22 bulan tu ko ada pikir pasal melayu dan islam??
    cukup2lah meno jadi bodoh bagi nyawa kat si bangsat2 1 yg xsedo diri nie,
    bangsat2 1 nie mana ada maruah,

Comments are closed.