PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bayu berumur empat bulan disahkan meninggal di rumah pengasuhnya di Presint 9, Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali ketika mengesahkannya berkata,  pengasuh wanita berusia 48 tahun itu baru sahaja menjaga bayi berkenaan lebih kurang dua minggu.

Katanya, pengasuh memaklumkan bayi tersebut mengalami demam dan selesema semasa dihantar ke rumahnya.

“Apabila bayi tersebut tidak bangun dari tidur ketika dikejutkan, pengasuhnya terus menghubungi ibu bayi dan pihak hospital,” kata Mohd Fadzil.

Mayat bayi telah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

Menurut beliau, hasil ujian saringan Covid-19 ke atas bayi tersebut adalah negatif.

Kes diklasifikasikan Sudden Death Report (SDR) sehingga laporan keputusan bedah siasat diperolehi.

Kata Mohd Fadzil, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.- MalaysiaGazette