KUALA LUMPUR – Datuk Seri Nazri Aziz menyokong pandangan Datuk Seri Najib Razak supaya UMNO keluar dari Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Veteran UMNO itu berkata, lagi lama UMNO bersama PN, keadaan akan bertambah sulit.

Kata Nazri, ketika ini sudah ada kenyataan dari Setiausaha Agung Bersatu kononnya akan ada 8,000 cawangan ditubukan.

“Betul kata Datuk Seri Najib, lagi lama kekal dengan Bersatu semakin sukar bagi kita, sebab hari-hari dia (PPBM) curi ahli kita, bukan kita tidak tahu, Setiausaha Agung Bersatu cakap hendak ada 8,000 cawangan.

“Mana ada ahli bunga (Bersatu) secara rela nak buat cawangan, main duit-duit la tu, jadi kita perlu keluar secepat mungkin dari ini, lagi cepat lagi baik.

“Ini bukan parti Bersatu, pada saya ianya parti ‘Berpecah’ kerana itu sahaja kerja mereka ini,” katanya ketika sembang santai bersama media hari ini.

Kata Nazri lagi, pengumuman enggan bekerjasama dengan Bersatu sebenarnya bukanlah dipelopori oleh pemimpin tinggi UMNO, sebaliknya akar umbi.

 Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas itu berkata, ramai dalam kalangan ahli dari kawasannya sendiri sudah komited dengan seruan tersebut apabila rata-rata tidak berpuas hati dengan Bersatu.

“Kita tidak mahu hubungan dengan Bersatu, kita hanya mahu perkasa hubungan dengan Pas, jadi inilah sebenarnya kalau lihat perkembangan politik UMNO, inilah hala tuju kita,” tegasnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Aiiii…tak kanlah semua ahli umno bodoh..senang2 nak curi….tak pahamlah pemikiran pimpinan umno…Macam nak perbodohkan ahli umno je..takkanlah pimpinan je yg cerdik, ahli biadapun cerdik juga…tolong fahamlah…bila kami susah bantuan ikut kroni. Bila pimpinan terdesak baru cari kami…ada ke patut…!!!!???

  2. Alasan curi org ni bole pakai ke…klu org UMNO ni senang Kene curi…maksudnya org UMNO sendiri yg xdak harga diri..xdak kesetiaan pd parti…maksudnya ahli UMNO sendiri yg x betul…jgn salah pihak lain…semata2 nk kan PRU gune alasan ni ke…

  3. Kata UMNo amal demokrasi. Takkan rakyat tak boleh pilih parti lain? Once jd ahli UMNo, tak leh keluar masuk parti lain? Semak dahulu la kenapa ada org lari dr UMNo. Sebb pemimpin mcm Nazri, mAslan, Zahid dan Najib lah org tolak UMNO.

  4. Camna jika ahli UMNO itu sendiri “keluar parti” dan menjadi ahli BERSATU sebagaimana wakil rakyat yg suka melompat parti…tak kan itu pun tak boleh.

    Jika buat kenytaan tu agak2 ler yer…..

Comments are closed.