Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Majlis Tertinggi (MT) UMNO bersetuju dengan usul dari akar umbi supaya pucuk pimpinan parti memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan memasukkan usul itu dalam Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang dijadualkan 31 Januari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Katanya, keputusan muktamad mengenai perkara itu, termasuk desakan supaya diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam tempoh terdekat ini, akan diputuskan dalam PAU.

“Usul ini diterima pucuk pimpinan parti dalam Mesyuarat MT Rabu lalu dan akan dimasukkan sebagai usul dalam Ucapan Dasar Presiden.

“Dalam Mesyuarat MT baru-baru ini, kita memutuskan untuk menerima usul berkenaan dan akan melakukan keabsahan pada 31 Januari ini.

“Setakat ini keputusan MT adalah menolak (Bersatu), tetapi keputusan terakhir yang saya katakan keabsahan itu adalah pada PAU 31 Januari,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan kepimpinan UMNO Kedah, di Alor Setar, hari ini.

Mengenai pertemuan itu, Ahmad Zahid berkata, ia bagi menggantikan konvensyen yang diadakan di setiap negeri menjelang PAU seperti sebelum ini.

Dalam pertemuan itu, beliau mengingatkan kepimpinan dan akar umbi parti agar memperkukuh kerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN).

“MN wajar dijadikan wadah penyatuan, khususnya dalam menghadapi PRU 15 yang dijangka diadakan dalam masa terdekat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Usul UMNO+PH tak bawa sekali? Kena masuk dlm ucapan sekali tu. Tak kan nak taip surat senyap2 lagi kot.. dulu masa jd Timb PM, selalu guna ayat nak “bisik2” kat PM. Skang pun bisik2 juga kat Bang Non. Mmg kuat bisik ni..

  2. Zahid ni masih xsedar2 yg rakyat mmg xnak die jd pemimpin…Zahid ni adalah presiden yg paling gagal dalam sejarah….serah la pada tok mat..mmg Zahid ni nk selamatkan diri dari kes mahkamah je ni..bukan berjuang utk rakyat…kes mahkamah melambak2..

  3. Eleeh lawak ler Wak Jahit nie …cer beri peluang pewakilan bercakap/berhujah secara bebas. Rasanya ramai yg memberi tentangan kpd keputusan MKT tu. Klu tak percaya cer bui peluang sekali – takut2 pecah dewan PWTC tu nanti

Comments are closed.