Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menyifatkan isunya diganti dengan orang lain untuk jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), sudah selesai.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu berkata, beliau reda dengan keputusan itu dan mengajak pemimpin parti menumpukan membantu rakyat, dan kurangkan serang menyerang sesama sendiri.

“Isu saya sudah selesai. Saya reda. Elok kita tumpu membantu rakyat dan kurangkan serang menyerang sesama kita.

“Kita perlu eratkan perpaduan orang Melayu serta muafakat semua bangsa, negara dan rakyat yang dalam kesusahan. Usah berterusan bertelagah, (kerana) kelak kita dibenci,” katanya menerusi ciapan Twitternya, hari ini.

Isu penggantian jawatan Setiausaha Agung BN menjadi hangat apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan tempat Annuar digantikan oleh Datuk Seri Ahmad Maslan.

Dalam perjumpaan dengan Ketua-ketua UMNO Bahagian dari seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Ahmad Zahid menafikan beliau memecat Annuar, sebaliknya digantikan kepada orang lain (Ahmad Maslan).

Serentak itu juga, Annuar bersama konconya saling menyerang dengan pemimpin yang memihak kepada Ahmad Zahid.

Sementara itu, dalam rakaman kenyataannya kepada media, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, sepanjang menjawat Setiausaha Agung BN, beliau banyak buka mulut (bercakap).

Tetapi, katanya, apabila beliau mendengar ada ura-ura UMNO hendak tinggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana hendak berbaik dengan DAP, ini yang menyebabkan beliau buka mulut.

“Saya bangun (membantah), bukan soal nak lawan sesama sendiri, tidak. Saya lawan kerana ada dalam kita yang mendukung parti Melayu berani hendak menjual idea supaya bekerjasama dengan DAP. Itu saya lawanlah. Itu saja (isunya).

“Saya (ulangi) kalau nak kena pecat (keahlian dalam UMNO) tak apa, nak kena buang pun tak apa, nak gugur menteri pun tak apa, saya tak ada masalah. No problem,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Terbaik dari Annuar Musa, jom sama2 semula perkasakan parti dan Mufakat Nasional, idea2 bernas anda sangat didambakan!

    Suatu yang tidak boleh dilupakan adalah keputusan firm dan jitu anda dalam mengharamkan pengeluaran lesen2 arak yang baharu, walaupun ianya sangat kechil tapi hanya anda yang dilihat berani dalam menegakkan syir2 Islam. Sumbangan anda terlalu besar!

    Semoga Allah merahmati!

  2. Didalam membina penyatuan ummah melayu dn islam…
    Cuba amalkn sikap dn sifat….
    ‘walaupun kita tidak sependapat namun kita TETAP SEPAKAT…….

  3. Annuar ni bnyak utk menyatukan politik Melayu…tetapi dalam UMNO sendiri bnyak yg xnk bekerjasama dengan parti melayu lain sbb perasan UMNO tengah kuat sekarang…sedar2 la pemimpin melayu..bergaduh sendiri nanti pihak lain ambil kesempatan..

Comments are closed.