KUALA LUMPUR – Wanita Keadilan (PKR) mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin membenarkan parti sekutunya, UMNO mengadakan perhimpunan agung tanpa sebarang helah politik termasuk alasan wabak Covid-19.
Pengarah Komunikasi Wanita PKR, Loh Ker Chean berkata, cabaran itu mengambil iktibar cadangan pengisytiharan darurat di seluruh negara oleh Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong pada 2020 lalu, demi kepentingan politik peribadinya.

Katanya, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan sebelum ini juga menyatakan, akan membawa usul memutuskan hubungan dengan parti Bersatu dan mempertahankan kerjasama dengan Pas ke perhimpunan agung parti itu pada 31 Januari ini.
“Berdasarkan perkembangan ini, kami mencabar Muhyiddin merangkap Presiden Bersatu, membenarkan PAU berlangsung tanpa menggunakan sebarang helah politik termasuk alasan wabak Covid-19 untuk menghalang perhimpunan agung parti itu.
“Memasuki dekad baru ini, rakyat sedia maklum akan hakikat ketidakstabilan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam mentadbir negara.
“Kemelut persekongkolan PN yang masih tidak usai sejak tercetus Langkah Sheraton merencatkan usaha memerangi wabak Covid -19, sekali gus menjejaskan keyakinan pelabur luar negara untuk melabur dalam negara,” katanya menerusi hantara Facebooknya, hari ini.
Ker Chean berkata, Muhyiddin perlu mengutamakan penyelesaian kemelut itu dengan menerima keputusan PAU sama ada UMNO akan kekal menyokong beliau atau tidak selaku Perdana Menteri dengan majoriti paling tipis dalam sejarah Malaysia.
Malaysia juga, kata beliau, telah menunjukkan teladan terbaik kepada dunia terutama negara yang mendukung sistem demokrasi pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu apabila peralihan kuasa yang aman dan damai berlaku dalam negara ini.
Beliau berkata, Perdana Menteri tidak mencontohi Presiden Amerika Syarikat Donald Trumph yang enggan memudahkan proses peralihan kuasa sehingga menyebabkan tragedi berlaku di negara itu kebelakangan ini.
“Saya menyeru Perdana Menteri mengizinkan peralihan kuasa berlaku dengan aman sekiranya beliau kehilangan sokongan UMNO menerusi PAU pada hujung bulan ini,” katanya. – MalaysiaGazette

















BATU API DAN KEPALA BATU…seperti MUSUH DALAM SELIMUT API DALAM SEKAM GUNTING DALAM LIPATAN….semuanya pada AHLI2 POLITIK seperti TANAM TEBU DIBIBIR
Setuju. Batu api besarrrrrr punya suda marii. Dong dong ceng..
Apa kena mengena PKR dengan PAUmno. Kerajaan hanya boleh menasihat dan bagi cara SOP. Nak ikut ke tidak, apa kerajaan boleh buat, seperti sekarang SOP dah ada tapi rakyat tidak mahu ikut sebab itu ke semakin tinggi. Sekarang ini sendiri jaga sendiri sahaja lah.