MGNews : KASA Mahu Rizab Sungai Jadi Kawasan Rekreasi

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mahu supaya kawasan-kawasan rizab sungai dibangunkan sebagai kawasan rekreasi dan taman-taman awam.

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar, Datuk Seri Zaini Ujang berkata, langkah itu adalah bagi mendidik masyarakat agar menyayangi sungai sebagai sumber alam yang perlu dijaga.