Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases deaths Malaysia
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diumum oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Moor Hisham Abdullah berkata, keputusan itu merupakan tindakan proaktif yang diambil kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Beliau berharap agar usaha yang dijalankan oleh semua pihak akan berjaya memutuskan rantaian dan penularan dalam negara.

“Diharapkan segala usaha yang dijalankan oleh semua pihak akan dapat menjadi circuit breaker dan memutuskan rantaian jangkitan serta penularan Covid-19 di dalam negara kita ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari akan dilaksanakan pada jam 12.01 tengah malam esok, Rabu, 13 Januari sehingga 26 Januari ini.

Perdana Menteri berkata, PKP itu melibatkan tiga peringkat pelaksanaan, iaitu PKP ke atas enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

PKP Bersyarat (PKPB) pula dikenakan ke atas enam negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu manakala Kelantan, manakala PKP Pemulihan (PKPP) pula akan dilaksanakan di Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh yang sama. – MalaysiaGazette