Jumlah perdagangan Malaysia pada April 2018 meningkat 11.7 peratus tahun ke tahun kepada RM155.42 bilion berbanding penurunan sebanyak 3.5 peratus pada Mac, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah memutuskan untuk menamatkan penyiasatan perlindungan berkenaan import keluaran jubin lantai dan dinding seramik ke dalam Malaysia pada hari ini selepas menjalankan siasatan dan membuat penentuan awal negatif tiada peningkatan import keluaran yang disiasat dalam terma mutlak.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, kerajaan juga tidak dapat memastikan jumlah import keluaran yang disiasat dalam terma relatif kepada pengeluaran dalam negeri keluaran serupa semasa tempoh penyiasatan.

Disebabkan kekurangan maklumat, kerajaan juga tidak dapat memastikan kewujudan hubungan bersebab antara peningkatan import keluaran yang disiasat dengan kemudaratan yang serius kepada industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa.

MITI berkata, Kerajaan Malaysia telah memulakan penyiasatan pada pada 13 September 2020, bagi penentuan langkah perlindungan berkenaan dengan keluaran jubin lantai dan dinding seramik ke dalam Malaysia selaras dengan Akta Pelindung 2006 dan Peraturan-Peraturan Pelindung 2007 berdasarkan petisyen yang difailkan oleh Federation of Malaysian Manufacturers-Malaysian Ceramic Industry Group yang mewakili industri dalam negeri yang mengeluarkan keluaran serupa.

Pempetisyen mendakwa peningkatan import keluaran jubin lantai dan dinding seramik secara mutlak dan relatif kepada pengeluaran dalam negeri dari 2017 sehingga 2019 telah mengakibatkan kemudaratan yang serius kepada industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran yang serupa.

”Berdasarkan hasil penyiasatan dan penentuan awal negatif ini, kerajaan telah memutuskan untuk menamatkan penyiasatan perlindungan berkenaan import keluaran jubin lantai dan dinding seramik ke dalam Malaysia pada 11 Januari 2021,” katanya hari ini.

‘Notis Penentuan Awal Negatif Penyiasatan Perlindungan berkenaan dengan Keluaran Jubin Lantai dan Dinding Seramik yang Diimport ke dalam Malaysia ini boleh dicapai melalui:
http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pub_20210111_PUB12.pdf

Tambah MITI, pihak berkepentingan seperti pengeluar tempatan, pengimport, pengeluar/pengeksport asing dan persatuan-persatuan berkaitan dengan penyiasatan boleh mendapatkan salinan versi tidak sulit laporan mengenai Penentuan Awal penyiasatan dengan membuat permohonan bertulis kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di
alamat berikut:
Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Aras 9, Menara MITI
No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
50480 Kuala Lumpur
Malaysia – MalaysiaGazette