Azhar Azizan Harun

KUALA LUMPUR – Kedudukan dan tanggungjawab semua ahli Parlimen sebagai wakil rakyat tetap sama seperti sediakala dan berterusan kerana penggantungan sesi Parlimen bukanlah bererti badan perundangan itu telah dibubarkan.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, pengisytiharan darurat oleh baginda bermakna hanya proses perundangan dewan rakyat tidak dapat dilaksanakan sepanjang tempoh darurat tersebut.

“Oleh demikian semua aktiviti apa-apa kaukus atau kumpulan rentas parti Parlimen Malaysia serta semua jawatankuasa Pilihan Khas yang telah ditubuhkan masih boleh diteruskan.

“Kecuali aktiviti-aktiviti tersebut dikekang apa apa ordinan yang boleh digubal oleh ydpa megikut kuasa-kuasa baginda di dalam perlembagaan persekutuan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kenyataan tersebut menyusul selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billa Shah mengisytiharkan darurat bagi membendung Covid-19 dan penjelasan lanjut oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung keputusan tersebut.

Parlimen digantung, PRU hanya selepas Covid-19 pulih sepenuhnya

Proklamasi Darurat bukan rampasan tentera atau perintah berkurung – Muhyiddin

Agong perkenan darurat hingga 1 Ogos

Menurut Azhar, pihaknya juga maklum mengenai penubuhan Jawatankuasa Bebas dianggotai antara lainnya ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang akan mengesyorkan kepada baginda mengenai tempoh darurat .

Melalui jawatankuasa tersebut dan jawatankuasa-jawatankuasa pilihan khas, Parlimen Malaysia akan terus menjalankan fungsinya di dalam proses semak dan imbang sebagai institusi unggul badan perundangan negara.

“Parlimen Malaysia akan menunggu ordinan darurat yang akan digubal oleh baginda,” katanya. – MalaysiaGazette