Najib Razak

KUALA LUMPUR – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA dipersoalkan mengenai kenyataan bahawa Volkswagen Group telah menubuhkan satu pusat pengedaran komponen alat ganti serantau baharu seluas 50,000 meter persegi di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.

Susulan daripada berita itu, pujian mencurah oleh penyokong Kerajaan Perikatan Nasional.

Lantaran itu, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta MIDA menyemak fakta dulu.

Ini kerana, dakwa beliau, pembukaan pusat itu telah diumumkan pada bulan Mac 2018 lagi.

”Lain kali semak fakta dulu boleh?,” kata Najib menerusi hantarannya di Facebook sambil menyertakan dua keratan akhbar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, pengumuman pelaburan ini telah dibuat pada tahun 2016 dan pembinaan bermula sejak 2017.

”Bab claim kredit ni saya dah biasa sejak PH (Pakatan Harapan) ambil alih tahun 2018. Tak sangka sekarang sama juga,” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.