Takiyuddin Hassan Covid-19 positive
Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Sehingga semalam, blok pembangkang belum menyerahkan nama calon untuk berada dalam Jawatankuasa Khas Darurat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, jawatankuasa itu memperuntukkan sebanyak tiga nama Ahli Parlimen dari blok pembangkang untuk menganggotainya.

“Namun, kita masih menunggu senarai nama berkenaan bagi melancarkan urusan penubuhan jawatankuasa berkenaan untuk mengendalikan pelaksanaan darurat,” katanya yang dipetik menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Menurut beliau, bekas Ketua Hakim Negara, bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT) dan bekas Ketua Polis Negara antara individu yang bakal dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas bagi menasihat Yang di-Pertuan Agong berkenaan perintah darurat yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Kata Takiyuddin, selain mereka, tokoh dalam bidang keselamatan, pertahanan, badan bukan kerajaan (NGO) serta aktivis sosial sudah dinamakan oleh kerajaan untuk diperkenan dan dilantik oleh baginda. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast