Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR – Parlimen perlu bersidang semula bagi memastikan proses semak imbang berlaku dengan adil, kata Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Tegas Timbalan Presiden Parti Amanah Negara itu, kerajaan tidak wajar menggantung Parlimen hanya kerana mengisytiharkan darurat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula Rabu lalu.

“Saya gesa kerajaan agar membenarkan Parlimen bersidang semula bagi memastikan berlaku proses semak dan imbang.

“Proses perundangan Dewan Rakyat tidak harus digantung memandangkan rakyat menghadapi pelbagai masalah kesan dari pandemik Covid-19.

“Tolong bersidang semula. Ahli Parlimen tidak boleh membincangkan kepentingan rakyat di kedai mamak. Rakyat sedang meminta bantuan sekarang,” katanya menerusi ciapan Twitternya semalam.

Sebelum ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dilaporkan berkata, kedudukan dan tanggungjawab semua Ahli Parlimen sebagai wakil rakyat tetap sama seperti sedia kala dan berterusan kerana persidangan Parlimen sekadar digantung.

Jelasnya, semua aktiviti kaukus atau kumpulan rentas parti Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas yang ditubuhkan masih boleh diteruskan.

Bagaimanapun, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berpendapat tindakan menggantung Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika pihak eksekutif serta kehakiman masih boleh berfungsi seperti sedia kala menjejaskan proses semak imbang, merencat demokrasi negara dan menafikan suara rakyat.

Darurat berkuatkuasa hingga 1 Ogos ini atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lalu, mencadangkan semua Ahli Parlimen menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan baginda membatalkan proklamasi darurat dan menitahkan sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.

Pengisytiharan darurat berlaku ketika negara berdepan krisis pandemik dan krisis politik dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya memiliki sokongan 109 Ahli Parlimen sahaja daripada 220 ahli Dewan Rakyat. – MalaysiaGazette

8 Komen

  1. Tak gunalah declare darurat kalau masih nak dengar celoteh PHaruupun…. Ko duduk kat bawah pokok sembang je… Kedai kopi pun untuk tapau je….

  2. Bila bersidang parlimen, asik mencarut dan bertikam lidah hal hal politik. Semak dan imbang konon.. sembangggg ada la.

  3. Negara luar dah mula perkatakan hal malaysia .contoh terdekat singapura ..kerajaan tiada sokongan seperi dipetik ..maka tinggal lah malaysia terkontang kanting tanpa hubungan dengan negara luar ..kedutaan luar pula hanya berfungsi atas kapasiti pentadbiran..bukan gov to gov . Malu ada pM yg tak tahu Malu ..demokrasi dilacur untuk pertahan parti dan jawatan diri .

  4. Memang betul kerajaan xde sokongan. Tp nak dapatkan sokongan kena seatlekan PRU dulu. Nk buat PRU kena seatlekan Covid dulu.

    Tahun lepas, kita boleh tgk Covid terkawal masa PRU di Singapore tetapi tak terkawal masa PRU di Indonesia. PRN Sabah beri kesan yg teruk kepada kita.
    Boleh ke org politik bersabar sehingga Covid di malaysia pulih then kita buat PRU dan lihat siapa ada sokongan kuat.

  5. Ini lah akibat PH apabila tiada kabinet bayangan, nak semak imbang macam mana, datang parlimen duduk sekejap ambil kedatangan lepas tu terus hilang. Sekarang ini kerajaan PN minta wakil PH, tetapi PH tidak tahu nak letak nama siapa. Macam ini ke PH nak tadbir negara masa dalam pasca Covid. Alamatnya lagi teruk rakyat terkena.

  6. insan yg mabuk Main NOMBOR NAK JADI PM…belum di angkat PM sudah DERHAKA Dan MENGHASUT MP menentang YDPA…bagai anjing tersepit dan kacang lupakan kult bila bebas dn dapat pengamounan DIRAJA YDPA…jika tidak mereput di sg buluh….salah udin buat tohmahan bahwa kjaan sekarang BONEKA YDPA bergantung pada dinding pagar istana…apa guna buat sidang parlimen…buatlah sidang ISTANA…ADA BERAN???? majlis P unah H arapan…bersama anwarfikun dapigs dan am NANAH TERUS membuat PROVOKASI utk publisiti murahan selepas gagal 22 BULAN

  7. bagusnya YDPA SEKARANG UTUS SURAT/ARAHAN TETAP pada ANU WAR..dgn ISYTIHAR TARIK BALIK pengampunan DIRAJA SERTA JAWATAN MP…spt yg dihajati anu war YDPA tarik balik DARURAT.

Comments are closed.