Pasukan penyelam masih melakukan operasi mengesan perakam suara Sriwijaya Air. foto Jakarta Post
JAKARTA – Pihak berkuasa yang menyiasat nahas pesawat Sriwijaya Air berharap dapat menemui perakam suara kokpit (CVR) di kawasan kemalangan bagi mendapatkan maklumat tentang insiden tersebut.
Pesawat Boeing Co 737-500 yang berusia 26 tahun itu terhempas ke Laut Jawa sejurus berlepas dari Jakarta pada 9 Januari lalu bersama 62 orang penumpang.
Maklumat yang tersimpan dalam perakam data penerbangan telah dimuat turun dan merangkumi 370 parameter serta rakaman 27 jam melibatkan 18 penerbangan, termasuk kemalangan itu, kata Penyiasat Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT), Nurcayho Utomo dalam satu kenyataan.
Parameter adalah rujukan untuk jumlah data yang dirakam dari sistem pesawat termasuk konfigurasi laluan penerbangan, kelajuan, kekuatan mesin dan alat peranti flaps.
“Kami sangat berharap CVR dapat ditemui untuk menyokong data yang kami temui dari FDR,” kata Utomo.
Seorang tentera laut memaklumkan, para penyelam telah menemui penutup CVR tetapi unit memorinya masih dikesan.
Operasi mencari CVR dan mangsa yang disambung semalam telah dilanjutkan tiga hari lagi.
Kemungkinan operasi dilanjutkan lagi jika ada keperluan.
KNKT merancang untuk mengeluarkan laporan awal dalam masa 30 hari dari hari kemalangan, selaras dengan standard antarabangsa.
Wakil dari Amerika Syarikat dan Singapura akan membantu siasatan. – MalaysiaGazette