Hamzah Zainuddin

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang sedang menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kini berada dalam keadaan stabil.

Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam kenyataan di sini mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menzahirkan keprihatinan terhadap tahap kesihatan Hamzah.

“Sehubungan itu, Pejabat Menteri Dalam Negeri memohon agar semua pihak untuk terus mendoakan kesembuhan kepada YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin.

“Sebarang perkembangan berkaitan tahap kesihatan YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin yang sahih dan rasmi hanya akan dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Dalam Negeri,” kata kenyataan itu ringkas.

Hari ini tular, beberapa mesej kononnya Hamzah telah dimasukkan dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana jangkitan virus Covid-19.

Minggu lalu, Hamzah disahkan positif Covid-19 hari ini dan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan serta pemantauan rapat oleh pihak Kementerian Kesihatan. – MalaysiaGazette