Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjadi kontak rapat kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, disahkan negatif virus itu.

Presiden UMNO itu memaklumkan status kesihatannya di akaun Facebook miliknya selepas dimaklumkan oleh doktor pagi tadi.

“Alhamdulillah, pagi ini saya menerima perkhabaran menggembirakan apabila keputusan ‘swab test’ yang dijalankan adalah negatif.

“Pagi ini tepat jam 7.44 pagi, doktor telah menghubungi isteri saya memaklumkan perkhabaran ini,” katanya.

Empat hari lalu, Ahmad Zahid telah mengadakan pertemuan dengan Tajuddin di ibu pejabat parti itu.

Turut dilihat hadir adalah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tajuddin didapati positif Covid-19 selepas duduk di sebelah Ahli Padang Rengas, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz semasa bekas menteri di JPM itu mengadakan sidang media bagi mengumumkan keputusannya menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Nazri juga disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani rawatan di Kota Bahru.

Nazri dijangkiti Covid-19 selepas menjadi kontak rapatĀ  seorang blogger, Zaharin Mohd Yasin yang disahkan positif Covid-19. – MalaysiaGazette