KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak yang juga seorang lagi kontak rapat kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman didapati negatif Covid-19.

Bekas perdana menteri itu telah mengadakan pertemuan dengan Tajuddin pada Isnin lalu bersama-sama kepimpinan utama UMNO termasuk Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di ibu pejabat parti.

Ahmad Zahid mengesahkan beliau bebas daripada virus Covid-19.

“Negatif. Rasanya ini kali ke-15 saya membuat saringan Covid. Setiap kali hadir ke Dewan Rakyat, buat test. Rentas negeri, dicucuk hidung lagi.

“Ada kontak rapat yang disahkan positif Covid, test lagi. Alhamdulillah. Ujian terbaru dibuat semalam juga negatif,” katanya dalam Facebook beliau, hari ini.

Tajuddin yang juga pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) itu didapati positif Covid-19 selepas duduk di sebelah Ahli Padang Rengas, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz semasa bekas menteri di JPM itu mengadakan sidang media ketika mengumumkan keputusannya menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedua-dua mereka adalah kontrak rapat kepada blogger, Zaharin Mohd Yasin yang didapati positif Covid-19. – MalaysiaGazette