KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing naik sebanyak 1 sen seliter kepada RM2.20 seliter dan RM1.90 seliter bagi tempoh 23 Januari 2021 sehingga 29 Januari 2021.

Manakala harga runcit diesel naik sebanyak 4 sen seliter iaitu daripada RM2.05 seliter kepada RM2.09 seliter, kata Kementerian Kewangan.

Menurutnya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast