KUALA LUMPUR – Tindakan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menyerang Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berhubung pembatalan cuti umum Thaipusam disifatkan sebagai serangan tidak bertempat.

Bekas Ketua Wanita MIC Kebangsaan, Datuk Mohana Muniandy berkata, sepatutnya Menteri Besar itu memahami sentimen rakyat di negeri itu.

“Apabila negeri lain mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti perisitiwa saban tahun hanya Kedah yang membatalkan perisytiharan cuti berkenaan tahun ini kerana pengumuman dibuat oleh kamu sendiri.

“Kemudian kamu tuduh MIC macam-macam, kamu serang Timbalan Presiden kami saya sendiri tidak faham mengapa pemimpin utama seperti anda ada masa untuk semua ini.

“Tindakan anda sebenarnya sudah mengguris perasaan masyarakat India ketika ini, kemudian kamu serang seorang Menteri yang juga menjaga hal ehwal kaum ini dengan menyoal relevan menggunakan kepala surat Kementerian, seperti sudah hilang modal untuk menyerang,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Sanusi tidak hormat kaum minoriti – MCA

Sebelum ini, Muhammad Sanusi mengumumkan pembatalan cuti umum Thaipusam di Kedah pada tahun ini kerana semua aktiviti perayaan tersebut dibatalkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selepas ditegur Saravanan kelmarin tindakan kerajaan negeri itu tidak lebih daripada ‘keangkuhan’ semata-mata, Muhammad Sanusi pula mendakwa MIC mula berjuang seperti DAP.

Sanusi juga mempersoal tindakan Menteri Sumber Manusia itu menggunakan kepala surat kementeriannya untuk tujuan politik apabila menyerang tindakan kerajaan negeri membatalkan cuti peristiwa itu

Menurut Mohana, adalah lebih baik untuk Muhammad Sanusi mengkaji baik buruk membatalkan cuti umum itu sebelum membuat apa-apa kenyataan mengguris hati. – MalaysiaGazette

Tindakan MB Kedah pecah belah keharmonian – Gunalan

Gerakan minta MB Kedah pertimbang semula keputusan batal cuti Thaipusam

Kepimpinan Pas, tolonglah ‘sekolahkan’ MB Kedah – Saravanan