Sebanyak 30 lagi kluster baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam lalu terutama melibatkan tempat kerja.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan kluster baharu direkodkan Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melibatkan tempat kerja manakala satu kluster di pusat tahanan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Kluster Ladang Segama dan Kluster Jalan Segama masing-masing di Sabah.

Dua kluster di Johor pula adalah Kluster Keluli Tujuh dan Kluster Tengar, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Di Kuala Lumpur, terdapat dua kluster baharu iaitu Tapak Bina Sri Petaling dan Tapak Bina Flora.

Manakala satu di Selangor iaitu Kluster Sebelas, Kluster Bukit Emas di Negeri Sembilan dan Kluster Tembok Taiping di Perak melibatkan pusat tahanan.

Dalam pada itu KKM hari ini ujar Noor Hisham mengisytiharkan dua kluster tamat iaitu Kluster Semambu dan Kluster Keris Residence.

Untuk rekod, jumlah kluster aktif sehingga kini adalah 348.

Sebanyak 69 kluster pula mencatatkan pertambahan kes terbaharu hari ini.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi
pada hari ini adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (138
kes), Kluster Pasai (136 kes), dan Kluster Tapak Bina
Bukit Sebukor (89 kes),” jelasnya.-MalaysiaGazette