Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – UMNO bukan parti tidak sedar diri dan bukan parti lemah.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO tahu apa yang sepatutnya parti itu perlu tahu.

“UMNO tahu suatu ketika ia pernah tewas angkara fitnah dan pembohongan. UMNO cekal pada kebenaran. UMNO terus menegakkan kebenaran,” katanya dalam hantaran media sosialnya hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, dengan itu juga UMNO sama sekali tidak menyerah kalah, tunduk, dibuli atau dibeli.

“UMNO berusaha bangkit dan InsyaAllah kebangkitan UMNO sedang berlaku. UMNO bangkit dalam diam penuh hikmah. UMNO bangkit tanpa melukut ditepi gantang.

“Bertawakal pada Tuhan – UMNO tahu apa yang patut dilakukan. Pisang tidak berbuah dua kali. UMNO tetap mara. Dengan izinNya lambang kita yang gagah akan terus dipandang mulia dan indah,” ujarnya lagi.

Walaupun tidak menyatakan dengan jelas kenyataannya merujuk kepada isu apa namun ramai beranggapan ia luahan hati Ahmad Zahid itu ada kaitan dengan pelbagai kemelut dalaman parti sejak kebelakangan ini.

Salah satu mungkin gesaan dalaman menyuruhnya meletak jawatan.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Pemimpin UMNO hanya tau sebut “suara akar umbi “ tetapi gagal menyelami “denyut nadi” nya. Mereka hanya duduk dikelilingi pengampu2 dengan mengeluarkan statemen2 yg boleh memberi “ income” kpd mereka.

    Jika nak tau betapa meluatnya akar umbi kpd pemimpin2 mereka tengok saja kepada perbuatan dan tingkah lakunya. Taraf pemimpin tidak akan membuat kerja2 menaikkan sepanduk utk meminta pemimpin nya letak jawatan atau mengedar whatsapp memburukkan pemimpinnya maupun memaki hamun di media sosial. Itu adalah perkerjaan “orang2 bawahan” atau dlm lain perkataan …….itu lah denyut nadi rakyat yg sebenarnya.

    Tak kan itu pun tak faham……bonggok!!!!

Comments are closed.