Koperal Berdepan 43 Pertuduhan Minta Rasuah #MGFlash

Seorang anggota polis marin berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah membabitkan jumlah suapan lebih RM146,000 sejak 2016 hingga 2019.

Zubairi Abdul Mutalib, 60, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini.