Sebanyak 13 kluster baharu dikenal pasti hari ini melibatkan tujuh negeri termasuk Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Pahang dan Kedah dengan 243 kes baharu Covid-19.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 17 lagi kluster baharu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kluster itu menjadikan jumlah kluster di negara ini adalah sebanyak 770.

Sebanyak 366 kluster masih aktif manakala, tujuh kluster ditamatkan hari ini, katanya.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Parit Lanjut (521 kes), Kluster Tapak Bina Persiaran Tecoma (157 kes), dan Kluster Industri Grisek (144 kes),” katanya menerusi kenyataan mengenai perkembangan terkini Covid-19 hari ini.

Noor Hisham memberitahu, kluster-kluster baharu itu merupakan 15 kluster tempat kerja manakala dua lagi adalah Kluster Komuniti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast