Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya merayu Yang di-Pertuan Agong membatalkan perisytiharan darurat.

Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid ketika mengesahkan perkara itu kepada The Star berkata, kes itu dikendalikan Unit Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Kami membantu mengambil keterangan orang yang membuat laporan itu, tetapi kes itu sudah dirujuk ke Bukit Aman untuk tindakan lanjut,” katanya seperti dilaporkan.

Mior berkata, laporan polis terhadap Ahli Parlimen Port Dickson itu dibuat di Kuala Lumpur.

Pada 14 Jan lalu, Anwar dilaporkan menulis surat kepada semua Ahli Parlimen dalam usaha merayu Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah membatalkan perisytiharan darurat dan mengadakan sidang Parlimen secepat mungkin.

Dalam surat kepada Ahli Parlimen itu, presiden PKR itu berkata, perisytiharan darurat tidak perlu kerana ada langkah mencukupi untuk mengekang penularan Covid-19, termasuk pelaksanaan sekatan pergerakan.

Pada 12 Jan lalu, Agong memberi perkenan darurat dilaksanakan hingga 1 Ogos atau lebih awal, jika jumlah kes Covid-19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Sejak itu, Anwar mempertahankan tindakannya dengan berkata, ia bukannya pengkhianatan. Beberapa hari lalu, beliau mendakwa 114 atau 115 Ahli Parlimen menolak usul darurat daripada kerajaan Perikatan Nasional dan mahu sidang Parlimen diadakan.

Beliau turut memfailkan permohonan untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap peranan perdana menteri dalam perisytiharan darurat.- MalaysiaGazete

3 Komen

  1. 9 Mei 1994 Anwar Ibrahim sendiri yang waktu itu adalah Timbalan Perdana Menteri membentangkan satu rang undang-undang di Parlimen bagi memasukkan Fasal (1A) mengenai YDPA perlu mendengar, mengikut dan bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri ke dalam Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan. Di sebalik pelbagai kritikan ke atasnya, Fasal (1A) ini kemudiannya diluluskan berkuat kuasa dari 24 Jun 1994.

    tetapi tatkala ini ANWARFIKUN serta am NANAH /DAPIGS P unah H arapan cuba melacurkan USUL yg dibuat dan diluluskan itu.

    MEMOHON YDPA MENARIK BALIK PENGAMPUNAN DIRAJA pada ANWARFIKUN serta digugurkan jawatan MP2 serta kewarganegaraan yang menghasut serta mencetuskan huru-hara DARURAT ini

Comments are closed.