KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular menunjukkan beberapa anggota polis mengusung pedati merupakan langkah bagi mempercepatkan pergerakan arca bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, video yang dirakam semalam itu merupakan acara yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S Lee dan anggota serta pegawai yang terlibat adalah berbangsa India.

“Pihak polis telah terkesan satu video bantuan penugasan Polis sewaktu kawalan pergerakan membawa pedati sempena sambutan Thaipusam 2021 telah ditularkan di media sosial.

“Hasil semakan mendapati video tersebut dirakam sewaktu pihak polis membantu mempercepatkan pergerakan arca setelah diminta oleh pihak penganjur kerana hanya 10 orang saja yang dibenarkan terlibat dalam pergerakan arca tersebut bagi mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Video yang dirakam pada 27 Januari 2021, jam lebih kurang 3.00 pagi di Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H. S Lee itu memaparkan petugas Polis membantu pergerakan arca dan kesemua pegawai dan anggota yang terlibat adalah berbangsa India,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Justeru, Mohammad Zainal menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan diminta supaya menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.

Sejak malam tadi, tular satu rakaman menunjukan beberapa anggota lengkap berpakaian polis dilihat mengusung pedati arca sempena sambutan Thaipusam.

Video tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen terumatanya mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Rasulullah hallallahu Alaihi Wasallam juga bersabda:
    على المرء السمع والطاعة فيما أحب وكره إلا أن يؤمر بمعصية فإن أمر بمعصية فلا سمع ولا طاعة
    “Sebuah kewajiban bagi seseorang untuk patuh mendengar dan taat dalam hal yang ia senangi maupun yang ia benci, kecuali apabila ia diperintahkan kepada kemaksiatan maka tidak ada kepatuhan dan tidak wajib mendengar dan taat dalam kemaksiatan.”

Comments are closed.