Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Jangan gadaikan segalanya demi kuasa dan melemahkan parti tercinta, rayu Wanita UMNO Pahang.

Ketuanya, Datuk Siti Hajar Mubin berkata, UMNO adalah sebuah parti Melayu bermaruah yang ditubuhkan lengkap dengan perlembagaan dan tatacara penuh berhemah.

Katanya, beliau kesal apa yang berlaku sekarang adalah satu tindakan biadab segelintir ahli dan pemimpin yang tidak menghormati institusi Presiden serta pelembagaan parti.

“Sekarang ini sedang berlaku apabila ada segelintir ahli parti menggunakan hak kebebasan bersuara membuat gesaan agar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengundurkan diri.

“Sedangkan, sudah jelas dalam perlembagaan, mestilah melalui proses pemilihan parti dalam jangkamasa yang telah diputuskan,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Siti Hajar Mubin

Menurut Siti Hajar, sebagai parti Melayu yang bermaruah dan penuh hemah, setiap ahli dan pemimpin hendaklah menghormati institusi Presiden itu dalam apa keadaan sekalipun.

Kata beliau, UMNO telah melalui dan menempuhi pelbagai onak duri sebaik parti terbesar orang Melayu itu kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Jelasnya, pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa dihadapi dengan kehilangan hala tuju itu, yang mana semangat ahli menurun disebabkan kekalahan mengejut.

“Selain itu, ada yang hilang keyakinan diri apabila berdepan dengan masyarakat hingga malu hendak memakai baju lambang Barisan Nasional (BN), kewangan dibekukan, hilang jawatan dalam kerajaan dan paling utama hilang kuasa dimiliki sebagai pemerintah di negara.

“Namun, dengan adanya sosok tubuh wira-wira sejati UMNO inilah, yang setia dan istiqamah dalam perjuangan parti melawan segala fitnah, hasutan dan hasad dengki untuk menaikkan semangat ahli akar umbi untuk bangkit,” katanya.

Siti Hajar menamakan wira itu adalah Ahmad Zahid, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib-naib Presiden dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelas Ketua Wanita Bahagian Jerantut itu, mereka yang mula bangkit dengan ungkapan ‘Malu Apa Bossku’ hingga sedikit sebanyak melonjakkan semangat ahli parti pada tahap amat membanggakan.

“Ahmad Zahid dan Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO telah mengatur serta menyusun semula parti dan meletakkan hala tuju yang betul ke arah kemenangan PRU15 dengan wujudkan Muafakat Nasional (MN).

“Desakan demi desakan dibuat oleh kita sebagai pembangkang juga telah membuahkan hasil dengan tertubuhnya kerajaan Perikatan Nasional (PN), yang merupakan kejayaan terbesar parti kerana kerajaan ini didominasikan oleh BN.

“Semua yang berlaku adalah hasil kerja kuat UMNO khasnya Presiden, Timbalannya dan Ahli MKT. Apabila sudah berjaya, mengapa pula desak Presiden berundur? Biarkan beliau meneruskan tugasan sebagai Presiden sehingga pemilihan akan datang,” ujarnya.

Katanya, Wanita UMNO Pahang menyokong penuh Ahmad Zahid selaku Presiden yang telah dipilih melalui prosess pemilihan parti yang betul dan perlembagaannya perlu dipatuhi serta dihormati. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

7 Komen

  1. Dulu masa Tok Mat jaga sekejap, lancar je, tanpa isu. Siap boleh buat Muafakat National lg. Sekarang satu malaysia porak peranda.

  2. Setuju ngan komen komen di atas. Kak hajar oii, klu nak jd heroin parti pun cari laa benda lainnn nak up. Dok up benda mengarut ni buat org meluat ja. Bangkai gajah nak tutup dengan nyiru ka kak hajar hang oiii..

  3. Presiden jd liabiliti. Pertuduhan kes rasuah , DSN pun dah letak jaw, ada org tua tu pun dah byk kali letak jawatan ( tak paham ke kepimpinan melalui kisah & tauladan ). UMNo lau nk kata suci mcm surau , kau imam dah kena najis tak kan nk jd imam lg … batal solat sume makmum bawak najis masuk surau lg, ni belum klau kes bawa masuk covid.. tkkan nak ajar lg apa nk wat ke dh kena ketum, bengong tak tau nk watpe… jalan daa..

  4. Perlembagaan UMNO juga ada menyatakan presiden boleh diturunkan jika terdapat salah laku dan jelas presiden telah membuat SD menyokong musuh UMNO untuk menjadi PM. Adakah itu bukan salah laku? Jangan lah jadi lebih sudu dari kuah, bodoh tak bertempat. Kami sayangkan UMNO supaya UMNO tidak terus terkubur pada PRU15 nanti. Kalau ada muka muka pengampu macam nie, UMNO akan terus kalah dan terkubur. Tak guna ada parti, kalau kalah PRU. Kalau nak memang, Zahid mesti berundur atau rakyat akan menolak UMNO secara keseluruhannya. Jadilah realistik, bukan membodek dan taat setia yang membabi buta.

Comments are closed.