KUALA LUMPUR – Beberapa minggu lalu timbul cerita warga Bangladesh menjual ubat tiruan selain menyeludup produk kosmetik di negara ini.

Malah seorang lelaki warga Bangladesh didakwa membawa masuk ubat-ubatan import dari luar negara secara tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selain aktif menghasilkan ubat tiruan untuk pasaran negara ini.

Lelaki tersebut juga dikatakan menghasilkan rokok tiruan, curut dari India dan menjualnya secara haram kepada pelanggan warga India dan Bangladesh.

Menurut seorang sumber, pihak berkuasa perlu meletakkan noktah terhadap kegiatan haram itu.

“Bayangkan bagaimana ubat-ubat tiruan atau seludup ini dipasarkan kepada rakyat tempatan kita dengan harga jauh lebih murah?

“Ada yang tidak tahu apa-apa terus beli sahaja, ini sangat menakutkan,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Katanya, beliau pasti terdapat cara warga Bangladesh itu dapat meloloskan diri untuk melakukan perbuatan tersebut dan ia perlu dihentikan segera.

Sumber itu percaya, warga Bangladesh tersebut akan mengambil kesempatan daripada pandemik Covid-19.

“Kita tidak ada isu jika negara ini adalah lubuk rezeki secara halal, tapi janganlah cuba lakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang selain membahayakan rakyat kita, jangan sehingga tergadai ke tahap itu,” katanya. – MalaysiaGazette

Warga Bangladesh jual ubat tiruan, seludup bernilai RM14,000

Warga Bangladesh guna nama isteri jual ubat seludup, tiruan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.