Iran melancarkan satelit baharu yang membawa roket, Zuljanah yang boleh mencapai ketinggian sejauh 500 kilometer. foto AP

TEHRAN – Iran mendakwa berjaya menguji pelancar satelit untuk mendapat ‘enjin roket paling kuat’, dalam langkah yang mungkin mencetuskan protes dari Amerika Syarikat (AS) dan menimbulkan ketegangan bagi program nuklear dan peluru berpandu Tehran.

Amerika Syarikat, musuh lama Iran, bimbang teknologi balistik jarak jauh yang digunakan untuk meletakkan satelit ke orbit juga boleh digunakan untuk melancarkan kepala peledak nuklear.

Namun Teheran menafikan tuduhan AS.

Jurucakap operasi aeroangkasa Kementerian Pertahanan Iran, Ahmad Hosseini memberitahu televisyen kerajaan ‘ujian itu membantu Iran untuk mencapai enjin roketnya yang paling kuat … roket itu dapat dilancarkan menggunakan peluncur bergerak’.

“Ia mampu membawa sebuah satelit 220 kilogram  (kg) atau 10 satelit yang lebih kecil,” katanya.

Stesen televisyen Iran menunjukkan pelancaran satelit yang membawa roket atau pelancaraan kenderaan ke angkasa.

Namun Tehran tidak memaklumkan bila pelancaran tersebut dilakukan.

”Zuljanah mampu mencapai ketinggian 500 km … pelancar satelit tiga tahap menggunakan kombinasi bahan bakar pepejal dan cair. Ia menggunakan bahan bakar pepejal pada tahap pertama dan kedua dan bahan bakar bendalir pada tahap ketiga,” lata rangkaian televisyen negara itu.

Pada April lalu, Iran mendakwa berjaya melancarkan satelit ketenteraan pertama negara ke orbit selepas gagal berulang kali dalam percubaan pada bulan-bulan sebelum itu. – MalaysiaGazette