KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menyambung semula perkhidmatan kaunter di KWSP Shah Alam mulai esok, 3 Februari 2021.
Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan para ahli dan anggotanya sentiasa terjaga, KWSP akan terus melaksanakan SOP di cawangan seluruh negara
SOP tersebut adalah ahli hanya boleh hadir di cawangan dengan membuat janji temu melalui saluran Janji
Temu Online di laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu dan semua ahli mesti menjalani pemeriksaan suhu dan mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis cawangan.
Semua ahli dikehendaki mematuhi langkah-langkah penjarakan fizikal yang ditetapkan pada setiap masa ketika berada di dalam premis cawangan. – MalaysiaGazette
















